Monday 30 November 2015

PRODIGY....

Assalamualaikum dan salam sejahtera korangg... pehhhh da macam nak jawab forum...

First of all, aku nak cakap yang aku enjoy program ni.. Sebab ape ?? sebab program ni laa yang aku tertunggu-tunggu nak pergi… Hari-hari kat mulut aku sebut tentang program ni… Aku tahu yang aku akan dapat sesuatu daripada program ni…

Dulu aku pernah join program macam tu masa semester satu. Masa tu aku tak berapa faham pengisian program ni.. tapi kini aku lebih matang dalam menimba ilmu yang diberi oleh pensyarah aku..

Pada pendapat aku laa kan.. program ni sangat sesuai untuk semua orang… setiap orang pasti melakukan kesilapan dalam komunikasi bukan sahaja antara guru dan pelajar.. Kadang kala cara ibubapa dengan anak juga terdapat kesalahan dalam komunikasi.

Lagi, apa yang aku dapat lagi dalam program ni? Aku dapat kenalan baru… Yeehaa…. Aku dapat kenal pelajar master dari Malaysia mahupun luar Negara. Luar Negara??? Ye… luar Negara… mereka dari Indonesia… Seronok sangat bila berkomunikasi dengan dorang… adakala berlaku miscommunication. HaHaHa… Over all, sangat best laa…

Aku saaangaat berharap agar aku dapat join lagi program di bawah kendalian pensyarah aku ni…. Siapa tak kenal dia??? Seiapa yang pernah join program beliau, akan kenal siapa dirinya… Kepada sesiapa yang nak kenal pensyarah aku ni... join laa program prodigy... Dengar je nama PRODIGY, wajib korang kena join... then korang boleh komen pengalaman korang... WiWItt...


Masa ni baru sampai... Program ni buat kt PPD Sabak Bernam.


Tengok makanan dia... pehh... xsempat nak lapar..


Masa ni program kt luar.. seronok dapat jelajah Sabak Bernam


Slot AGAPE LOVE... touching2 masa ni.. HuHu


Haaa... tu dia pensyarah yang aku cakap tu yang bagi hadiah kat ketua kumpulan aku tu...


Sekian~
JUZCALLMEEETIEY


Thursday 12 November 2015

Apa itu NLP??


Assalamualaikum korang…

Haaa, kali ni aku nak share tentang NLP. Apa itu NLP?? NLP tu singkatan untuk Neuro Linguistik Programming. Apa tu? Haizz….. hahaha… aku pula yang terkedu dengan soalan aku… Meh sini nak habaq.. NLP tu adalah satu modul untuk mengenal potensi  diri. Dalam NLP juga ada menyentuh tentang pemikiran, perasaan dan perlakuan individu diuruskan melalui otak.

Hari tu aku telah menghadiri program ni..  Anjuran persatuan kursus aku.. Untuk pengetahuan korang… aku ni tengah belajar dalam bidang bimbingan dan kaunseling di UPSI.  Jadi, nak atau tidak, aku kena tahu sedikit sebanyak mengenai NLP ni…

Bagi pendapat aku, kalau nak guna NLP ni dalam sesi, kita kena kreatif. NLP ni boleh dikira sebagai tool je sebenarnya.. so, kalau korang-korang yang berminat nak sambung jurusan bimbingan dan kaunseling, kena laa jadi kreatif ye… sebab kerenah klien(individu yang berkongsi dalam sesi ktorang panggil klien) ni macam-macam… Jadi, kena bijak plus kreatif… aku tak kata aku ni terlalu bijak atau terlalu kreatif sebab aku pun tengah belajar nak jadi bijak dan kreatif…. Susahh woooo…. Terkial-kial aku merangkak semata-mata nak bina diri aku yang zero….

As a conclusion, aku nak bagi tahu kat sini… walau apa-apa pun bidang yang korang ceburi, identity diri korang mesti da siap sedia…. Supaya senang nak minta kerja nanti…. Hahaha… eh, aku serius ni… bos-bos sekarang ni semua nak yang multifunction…. Kalu tak… sia-sia laa belajar 3-4 tahun… Jadi, korang cuba laa cari identiti dan potensi diri korang ye…. Supaya one fine day, kita boleh Berjaya sama-sama…. InsyaAllah….

                                 

Ni haa… salah seorang peserta… tak pernah minum susu… Sekarang da boleh minum sikit-sikit… benda ni buka psycho… tapi untuk mengubah mindset je sebenarnya..



 Majlis penutupan…. 

Wednesday 11 November 2015

Welcome Back !!

Assalamualaikum korang...
Selamat bertemu kembali... Terasa lama tak update blog, last skali aku ingat masa aku sem satu... sekarang ni aku da sem 5... da 2 tahun kau... pehhh... aku tak care langsung kt blog ni... sampai laa lect aku minta buat blog... masa tu bru aku teringat untuk buka blog aku yang tak seberapa ni.. sadis betul...

Sepanjang aku kat sini, ada laa sikit perubahan kat diri aku.. dari tak tahu hidup sendiri, sekarang ni aku da boleh berdikari... tahan perut untuk sesuap nasi... buat perbelajaan harian.. Pehh... semua sendiri... Korang kena ada pengalaman duduk jauh ngn family baru boleh rasa apa yang aku rasa.. Cuma aku beruntung sikit laa... cewahhh... Bukan untung apa, cuma untuk sebab rumah aku dekat.. so, bila-bila aku nak balik pun boleh... cuma bila fikir pasal kewangan, memang tak boleh nak balik selalu.

Sepenjang aku belajar kat sini, banyak kenangan suka duka... kat sini juga aku kenal apa itu SAHABAT.. kita kena pandai cari der... kalau tak kita yang hancur... Aku tak cakap aku pandai tapi kenyataannya memang ramai yang duk ushar kau supaya kau down... Tapi aku tak de laa pengalaman tu.. hahaha... aku tengok kat tv je... Eh, bukan tv ... laptop... kehidupan kt sini hanya mengharapkan laptop and wifi kalau nak tahu isu-isu kat luar... nak beli surat khabar malas kan... so, rajin-rajinkan laa diri korang tu buka surat khabar online... pe susahh.. klik je...

Ok laa.... untuk permulaan ni ,, aku cerita ni dulu laa.. aku pun blur sebenarnya.... almaklum laa da lama tak buka kann.... nanti bila free aku update lagi ye... banyak nau ni nak share... tapi sekarang ni aku nak post benda berilmiah sikit laa.... ye laa da belajar takat degree , takkan nak update macam dulu.. malu oiii... haha.. okok... sampai sini je...


Haa... ni laa pic terbaru aku.... Jangan banyak cakap... tgk je k...

Sekian~
JUZCALLMEEETIEY

Tuesday 10 September 2013

MEMORI TERCIPTA

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

 Ini la Housemate-housemateku sem ni ..
 Housemate-housemate ku lover

 Housemate 'budak korea' ..

Hari terakhir orientasi di kolej .. Nasib satu group , so boleh laa nak bergambar .. kannn 

Ni jelahh kenangan yang ada ... Happy2 .. nOw , fokus belajar ye ..

SEKIAN~~
JUZCALLMEEETIEY

Thursday 5 September 2013

Memori Terindah

Assalamualaikum WBT ..

Setelah sekian lama tidak berhubung di 'blogger' , kini aq kembali ..
Aq menghilang bukan sekadar suka-suka tetapi pergi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar .

Alhamdulillah , aq telah tamat zaman persekolahanku di peringkat STPM . Pada 18/3/2013 keputusan peperiksaan STPM  telah keluar dan sekali lagi aq bersyukur kerana mendapat keputusan yang baik. Aq rasa tak sia-sia aq melanjutkan pelajaran di peringkat STPM . Memang 'pekak' aq selama ini sangat berbaloi .

Kini , aq telahpun menyambung pelajaran ku di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling . Aq mendaftar di sini pada 1/9/2013. Sekarang genap 5hari aq da kat sini . Untk 3hari pertama , kitaorang hanya ada taklimat mengenai universiti . Semalam 4/9/2013 hingga 6/9/2013 kitorang ada orientasi bersama kolej kediaman . Bagi aq , orientasi ni sangat sangat sangat menyenangkan .. Nak tahu sebab apa ?? Sebabnya , aktiviti kitaorang hanya ada pada waktu malam berbanding dengan kolej kediaman lain , ada yang sehari suntuk senior diaorang buat aktiviti tapi bagi kolej aq sangat relax ..

Pada hari sabtu ni 7/9/2013 , secara rasminya aq dan rakan-rakan yang lain akan disahkan sebagai anak kandung kepada "Ibu Kandung Suluh Budiman". 


SEKIAN ~
JUZCALLMEEETIEY

Friday 31 August 2012

Respect .. Caya laaa !!

Berada di Stadium Bukit Jalil terasa duduk di dataran Merdeka (ketika menunggu saat2 malam 31Ogos) ..

Terasa seperti 'budak liar' yg keluar merayap pada malam hari .. Haha .. Tetapi hakikatnya bersama ayahanda tersayang kowt .. <3

Apabila berada di tengah2 ribuan masyarakat Malaysia ni .. Rasa seram juga.. Biasa laa ,, tak pernah keluar malam laa katakan..

Tapi .. Dalam cerita punya cerita . Ada satu situasi yg menarik perhatian aq untuk berblogging..
Semasa lagu negaraku diputarkan , kelihatan majoriti masyarakat Malaysia berdiri tegak sebagai tanda hormat kepada negara .. Walaupun berlainan bangsa tapi kita tetap 1MALAYSIA..
Terdapat juga minoriti masyarakat Malaysia yg masih xfaham maksud kemerdekaan .. Apa boleh buat .. Sendiri mau ingat la kawan ~

Sampai disini saja coretanku..

SEKIAN ~
JUZCALLMEEETIEY ~


Saturday 4 August 2012

Rindu Sahabat

Entah bila la aq dapat jumpa sahabat2 yang pernah menjadi sahabat aq .. Mungkin terasa kekosongan menyebabkan aq mencari seseorang yang boleh mndengar isi hati aq .. Tapi syg ... Semua tu tak akan pernah wujud ...

" Ya Allah Ya Tuhanku .. Berikanlah hambamu ini kekuatan menjalani hidup yang tak seperti orang lain . "

Sunyi ... itu je yang mampu diungkap .. sahabat2 yang semua ada life sendiri .. dengan dunia belajar yg berbeza .. tapi tidak bagi aq ... Terkilan ? owhh tidakk ... Jalan ini yang aq ambil , jadi aq kena teruskan sampai akhir ..

"sabarlah wahai hati , hanya beberapa bulan saja lagi "

Wahai sahabat2 ... aq harap korang baca ini ..

kenangan hari graduasi ~ dua2 da duduk jauh ...

yang ni mmg da jauh nuunnn jauh di sarawak ...

yang ni xde la jauh sgt ... tp kesibukan membataskan segala2nya..

kenangan di PLKN mmg xleh nk dilupakan .. kegembiraan tu hanya datang sebentar ... selepas dari tu , semua menghilang ...


Hmm , ,pic2 kt atas tu laa sahabat2 lama da baru aq... Aq berharap dapat jumpa diorang lagi ... Aq rindu nak ketawa mcm dulu2 .

'tadi ada 3orang sahabat dalam bas , diorang ketawa , diorang buat lawak .. aq terasa yg diorang tu mcm sahabat2 aq .. tp aq xpernah kenal pown diorang ,, itu yang membuatkan aq cemburu .. cemburu kerana aq tiada sahabat disisi aq untuk aq luahkan isi hati aq ..'

Ye , org tgk aq kuat , boleh senyum .. tp hakikatnya tidak .. Bila aq bersendirian , kekosongan tu terasa sgt ... Tak pe la .. da mungkin ini nasib aq .. Sabarlah wahai hati

Selamat berpuasa .. ~

Sekian ~

JUZCALLMEEETIEY~